Sunday 11 February 2018

Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS)

LAST UPDATED - 22 MAY 2018

Bismillahirrahmannirahim..

Assalamualaikum semua. Saya salah seorang pelajar perempuan apids hayat bagi sesi 2017/2018. Pada peluang ni saya nak cerita serba sedikit mengenai apids.


APIdS. Akronim bagi Asasi Pengajian Islam dan Sains atau lebih glamournya kata senior kami, Asasi Paling Indah dan Seksi. Okay,melawak je. Jadi apa tu apids? Apids ialah satu-satunya program asasi yang menawarkan dua bidang pengajian iaitu pengajian Islam dan sains. Apids terletak bawah Program Sains Gunaan dan Pengajian Islam(SGPI), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Asasi ni ialah program persediaan untuk memasuki ijazah sarjana muda pengajian Islam dan sains. Jadi,siapa yang masuk asasi ni hanya boleh menyambung pengajian degree bawah program ni. Mulai dari tahun 2017,berlaku penstrukturan semula kepada program sains gunaan dan pengajian Islam ni.
Pada peringkat asasi,perubahannya ialah tempoh pengajian asasi hanya selama setahun dan dijalankan sepenuhnya di UM KL berbanding tahun sebelumnya iaitu selama 2 tahun(setahun di Nilam Puri,Kelantan dan setahun di UM KL). Kohort 16 iaitu  kohort sayalah yang menjadi perintisnya (kohort = batch). Hehe.  Kohort 16 ialah kohort yang memasuki apids bagi sesi 2017/2018. Kohort 16 adalah seramai 53 orang sahaja,22 lelaki,31 perempuan. 18 orang ambil aliran fizikal,35 lagi ambil aliran hayat.
Bagi peringkat sarjana muda(degree) pula pengkhususan baru yang ditawarkan adalah seperti berikut :


Bagi apids aliran hayat ;
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Biologi 
atau 
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Kimia
atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Alam Sekitar


Bagi apids aliran fizikal ;
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan  Fizik
atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat


Memandangkan saya belum masuk degree lagi,jadi saya nak cerita pasal asasi je. Jadi,apa subjek yang pelajar apids kena ambil? Bagi kohort 16,subjeknya seperti di bawah

Apids Hayat :


Apids Fizikal :

*pelajar fizikal belajar subjek jati diri ketika sem 2,bukan sem 1
**Tak semua subjek sains yg pelajar pasum ambil,apids akan belajar.



Seterusnya,di mana pelajar apids belajar?

Pelajar apids belajar di dua tempat,iaitu di Pusat Asasi Sains UM (PASUM) dan di Akademi Pengajian Islam (API). Tapi, ‘fakulti’ pelajar apids ialah API,bukan PASUM. Masa sem 1,kami belajar subjek-subjek sains di PASUM dan subjek-subjek pengajian islam di API. Bagi sem 2, ada juga subjek pengajian islam yang dipelajari dilakukan di PASUM.


Apa bentuk pengajaran dan pembelajaran di sini?


Untuk subjek-subjek sains ada beberapa jenis :

1.Kuliah
-setiap sesi kuliah ada kira-kira 200 pelajar
-kuliah ialah sejam bagi setiap subjek kecuali jati diri dan English (2 jam)
-inilah masa kita belajar apa yang ada dalam silibus
-belajar di dewan kuliah
-belajar dalam bahasa inggeris

2.Kelas tutorial
-belajar di bilik tutorial a.k.a kelas
-setiap subjek sejam kecuali English (2 jam)
-subjek jati diri tiada kelas tutorial (tapi jangan ingat tak ada assignment)
-masa ni pelajar akan bincang soalan tutorial (macam homework) dengan tutor (macam cikgu)     masing-masing
-soalan tutorial diberi masa kuliah
-tutor terdiri daripada lecturer dan part time lecturer
-satu kelas tutorial dalam lebih kurang 20 orang untuk pelajar apids
-kelas tutorial dibahagikan ikut aliran hayat dan fizikal

3.Lab (makmal)
- 3 jam untuk setiap subjek kecuali programming (2 jam)
-eksperimen bio dan fizik selalunya buat dalam kumpulan
-eksperimen kimia secara individu
-kena buat lab report
-pelajar apids fizikal tak perlu beli lab coat
-ada demonstrator yang akan pantau bagi setiap kelas tutorial
-lab pelajar apids tak bercampur dengan pelajar pasum
-satu lab boleh muat 3 kelas tutorial kecuali lab programming


Untuk subjek pengajian Islam pula :

1.Subjek Bahasa Arab (qawaid,kitabah,qiraah)
-hanya ada kuliah selama 2 jam
-pelajar dibahagikan ikut majmuah dan setiap majmuah bercampur pelajar fizikal dan hayat
-setiap majmuah bagi kohort kami ada lebih kurang 26 orang pelajar
-ada assignment macam folio,pembentangan
-belajar semestinya dalam bahasa arab

2.Subjek yang betul betul pengajian Islam (aqidah,syariah,ulum hadith,ulum al-Quran,sirah,tajwid)
-belajar dalam bahasa arab
-1 jam kuliah
-1 jam kelas tutorial tapi tetap belajar macam dalam kuliah
-untuk kohort 16,kami belajar subjek-subjek  ni ramai-ramai,satu batch belajar dalam satu kelas.
-katanya kohort 17(kohort akan datang) nanti akan belajar ikut aliran,fizikal dengan hayat diasingkan sebab jadual tak sama.  Tapi, belum muktamad,kena buat eksperimen dulu. Maka,pelajar kohort 16 sebagai kohort perintis yang mengikut cara ni tapi untuk subjek aqidah je dan kami akan bagi pandangan kami pasal ni.
-subjek-subjek nilah yang ada banyak assignment macam buat video,presentation,jurnal


Bagaimana pelajar akan dinilai?


1.Subjek sains
Final exam (60%)
-soalan subjektif
Carry mark (40%)
-ada 2 ujian midsem (soalan objektif je)
-dalam kelas tutorial akan ada test setiap beberapa minggu
-bio ada test setiap minggu
-soalan tutorial bio (buat pembentangan) akan dinilai
-bio ada lab test (soalan objektif) lepas habis semua eksperimen
-lab report akan dinilai
-subjek jati diri akan dinilai mengikut assignment setiap minggu (berkumpulan) dan kerja kursus (berkumpulan)
-subjek english akan ada speaking test
-kelas English ialah kelas persediaan untuk MUET
-pelajar apids sangat perlu kuasai English sebelum masuk apids sebab subjek English dikira dalam pointer. Sem 1 ramai tak dapat 4 flat hanya sebab English (tapi tetap cemerlang.majoriti 3.5 ke atas)

2.Subjek bahasa arab
-latihan
-kerja berkumpulan (folio,pembentangan)
-2 ujian midsem (soalan subjektif)
-final exam

3.Subjek pengajian Islam
-Kami baru mula sem 2 pada Nov 2017 jadi ujian midsem masih belum dibuat
-kerja kursus mengikut subjek. Ada lecturer yang suruh present je,ada yang perlu buat folio,video dan jurnal. 


Apa yang tertera di atas adalah sedikit penerangan mengenai struktur asasi ini. Perubahan mungkin berlaku dari masa ke masa. Secara jujurnya bagi saya apids ni seronok sebab dapat belajar dua bidang ilmu sekaligus. Tapi banyak yang perlu kita korbankan kalau nak betul-betul berjaya. Hampir setiap hari,kelas mula jam 8 pagi dan tamat jam 7:30 malam. Masa sem 1, dua hari je habis 7:30 malam sebab belajar subjek bahasa arab je. Tapi masa sem 2,tiap-tiap hari habis 7:30 malam. Oh,lupa nak cerita,pelajar asasi akan tinggal di kolej kediaman ke-11 dan perlu berjalan kaki untuk ke API, dan, untuk ke PASUM boleh jalan kaki atau naik bas. Perjalanan ke kedua-dua tempat ni lebih kurang 7-10 minit. Apa pentingnya bagitahu pasal perjalanan ni? Sebabnya,akan ada hari yang mana kelas di PASUM habis jam 5 petang,tapi jam 5:30-7:30 malam ada kelas di API. Makanya,kena rushing dari PASUM ke API tambah lagi nak solat asar. Pelajar perempuan majoriti akan naik uber,grab. Lelaki selalunya jalan kaki atau naik basikal tapi diorang sempat je balik kolej untuk tukar baju dulu. Jarang sangat-sangat naik bas sebab kat PASUM tak ada bus stop. Pernah beberapa kali kena redah hujan jalan dari PASUM pergi API hanya berpayungkan lab coat.

Siapa yang masuk apids ni beruntung dari segi,hubungan antara pelajar-pelajar apids macam sebuah keluarga (tapi jaga ikhtilat tau) dan antara kata-kata yang menjadi ‘moto’ apids ialah ‘You’ll never walk alone’. Kalau ada masalah,ramai kawan-kawan dan lecturer yang sanggup tolong,asalkan kita tak sembunyikan masalah tu. Apids ada badan organisasi di mana,ada biro akademik (CIA),biro kebajikan (MINION),biro kerohanian (BLAST),biro sukan (SLAY) dan biro multimedia (INTERMIDIZE). Lecturer yang mengajar apids pun bukannya calang-calang orang,ada antara mereka  ni, ketua jabatan di API.


Antara cabaran menjadi pelajar apids ialah pelajar apids mudah untuk dikenali oleh pelajar pasum sebab golongan minoriti kan,jadi kena jaga akhlak,tunjuk contoh yang baik selalu. Lagi satu,jadual agak padat dan perlu banyak bersusah payah untuk kuasai kedua-dua bidang ilmu. Bagi saya,nak memahami pelajaran dan menjawab peperiksaan subjek pengajian islam lebih susah sebabnya dalam bahasa arab memandangkan vocab arab saya tak luas. Pelajar apids juga kena banyak bersabar,sebab selalunya banyak benda yg kami tahu lambat. Contohnya, result midsem dan result muet.


Jadinya,siapa yang boleh masuk apids?
Orang yang nak masuk apids ni selain daripada lepas syarat kemasukan,seeloknya SUKA,MINAT dan SANGGUP belajar subjek-subjek sains DAN Bahasa Arab DAN subjek agama. Kalau nak ambil medic,jangan letak apids ni dalam pilihan yang atas-atas utk UPU,atau jangan letak langsung sebabnya,UPU akan bagi kepada kita ikut susunan pilihan kita. No 1 akan jadi yg kita paling nak,klu tak layak,pergi kat pilihan no 2 pulak dan seterusnya. (pelajar apids tak berkelayakan ambil medic) Kalau memang yakin nakkan apids,letaklah no 1 dlm UPU.


Kalau nak tahu pasal subjek-subjek sains PASUM,asasi UM mainstream dan penginapan,boleh juga tengok blog Amir Rosyaidie(ex-pelajar PASUM) dan blog-blog lain.


Bagi siapa yang dapat apids, nak ingatkan mengenai dokumen yang perlu.

1.Pastikan semua Salinan dokumen disahkan benar.

2.Kalau mak ayah pesara,pastikan ada salinan surat bersara yang dah disahkan.

3.Kalau mak ayah tak kerja,kena buat surat akuan sumpah dekat pesuruhjaya sumpah (cth: mak suri rumah).

4.Kalau mak ayah dah meninggal dunia,kena ada Salinan sijil kematian yang disahkan benar.

5.Gambar passport sebaiknya buat 8 sebab mmg banyak akan guna,klu tak,gambar akan diambil oleh senior korang dan tak secantik kedai punya.

6.Seeloknya jelaskan pembayaran yuran dll sebelum hari pendaftaran.

7.Pastikan medical checkup dah buat sebelum mendaftar supaya tak serabut dan memudahkan urusan masa minggu orientasi.


Di sini ada maklumat serba sedikit tentang skop kerjaya dan subjek untuk peringkat sarjana muda(degree) nanti bagi APIDS :



[UPDATED 2020] LINK TAMBAHAN (ditulis oleh rakan saya) MENGENAI SKOP KERJAYA DLL :







Galeri

JADUAL SEM 1

Apids Hayat : 


Apids Fizikal :




JADUAL SEM 2


Apids Hayat :






Apids Fizikal :



























Ketika bersama-sama melawat ke Pusat Sains Negara.







Bersama senior-senior dan orang penting SGPI.






Akhir kata,apa jua bidang yang diceburi pasti ada cabarannya yang tersendiri. Yakin dengan kebolehan diri, inshaa Allah pasti berjaya.













Terima kasih dan credit kepada sahabat saya Ummu Rumman untuk perkongsian ini.

Semoga bermanfaat ! Doakan kami :D

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment